mattanjo's blog

Tanbih


Abah Sepuh_Syeikh Abdullah Mubarak Nur Muhammad (1836-1956).  Pengasas/Pendiri Pondok Pesantren Suryalaya_1905, September 05.

Abah Sepuh_Syeikh Abdullah Mubarak Bin Nur Muhammad (1836-1956). Pengasas/Pendiri Pondok Pesantren Suryalaya 05 September 1905

TANBIH

Bismillaahir rahmaanir rahiim.

Tanbih ini  dari Syeikhuna Almarhum Syeikh Abdullah Mubarak bin Nur Muhammad yang bersemayam di Patapan Suryalaya Kejembaran Rahmaniah.

Sabda beliau kepada khususnya segenap murid-murid pria mahupun wanita, tua mahupun muda,

Semoga ada dalam kebahagiaan, dikurniai Allah Subhanahu Wa Ta`ala kebahagiaan yang kekal dan abadi dan semoga tak akan timbul keretakan dalam lingkungan kita sekalian.

Pun pula semoga Pimpinan Negara bertembah kemuliaan dan keagungannya supaya dapat melindungi dan membimbing seluruh rakyat dalam keadaan aman, adil dan makmur dzohir mahupun bathin.

Pun kami tempat orang bertanya tentang  THORIQAT QODIRIAH NAQSYABANDIAH, mengatur dengan tulus ikhlas  Wasiat kepada segenap murid-murid :

Berhati-hatilah dalam segala hal,  jangan sampai berbuat yang bertentangan dengan Peraturan  AGAMA mahupun NEGARA.

Taatilah kedua-duanya tadi sepantasnya demikianlah sikap manusia yang beriman,  tegasnya dapat mewujudkan kerelaan terhadap hadirat Ilahi Rabbi yang membuktikan perintah dalam  AGAMA mahupun NEGARA.

Insafilah hai murid-murid sekalian, janganlah terpaut oleh bujukan nafsu, terpengaruh oleh godaan Syaitan,  waspadalah akan jalan penyelewengan terhadap perintah Agama mahupun Negara,  agar dapat meneliti diri,  kalau-kalau tertarik oleh bisikan Iblis yang selalu menyelinap dalam hati sanubari kita semua.

Lebih baik buktikanlah kebajikan yang timbul dari kesucian:

i.              Terhadap orang-orang yang lebih tinggi daripada kita,  baik dzohir mahupun bathin,  harus kita hormati,   begitulah seharusnya hidup rukun,  saling harga menghargai.

ii.             Terhadap sesama sederajat dengan kita dalam segala-galanya, jangan dampai terjadi persengketaan,  sebaliknya harus bersikap rendah hati,  bergotong royong dalam melaksanakan perintah Agama mahupun Negara,  jangan sampai terjadi perselisihan dan persengketaan,  kalau-kalau kita terkena firmanNya ” adzabun Alim “,  yang bererti duka nestapa untuk selama-lamanya dari Dunia sampai Akhirat (Badan payah hati susah).

iii.           Terhadap orang-orang yang keadaannya di bawah kita, janganlah hendak menghinanya atau berbuat tidak senonoh,  bersikap angkuh.  Sebaliknya harus belas kasihan dengan kesedaran,  agar mereka merasa senang dan gembira hatinya,  jangan sampai merasa takut dan liar, bagaikan tersayat hatinya.  Sebaliknya harus dituntun dibimbing dengan nasihat yang lemah lembut yang akan memberikan keinsafan dalam menginjak jalan kebajikan.

iv.           Terhadap fakir miskin, harus kasih sayang, ramah tamah serta bermanis budi,  bersikap murah tangan menceminkan bahawa hati kita sedar.  Cuba rasakan diri kita peribadi, betapa pedihnya jika dalam keadaan kekurangan,  oleh kerana itu janganlah acuh tak acuh,  hanya diri sendiri yang senang,  kerana mereka jadi fakir miskin itu bukanlah kehendak sendiri,  namun itulah kudrat Tuhan.

Demikianlah sesungguhnya sikap manusia yang penuh kesedaran,  meskipun terhadap orang-orang asing kerana mereka itu masih keturunan Nabi Adam a.s. , mengingat ayat 70 surah al-isra yang artinya :

” Sangat kami muliakan keturunan Adam dan Kami sebarkan segala yang berada di darat dan di lautan, juga kami mengutamakan mereka lebih utama dari makhluk lainnya “

Kesimpulan dari ayat ini,  bahawa kita sekalian  seharusnya saling harga menghargai,  jangan timbul kekecewaan,  mengingat surah al-maidah yang ertinya :

” Hendaklah tolong menolong dengan sesama dalam melaksanakan kebajikan dan ketaqwaan  dengan sungguh-sungguh terhadap Agama mahupun Negara,  sebaliknya janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan terhadap perintah Agama mahupun Negara “.

Adapun soal keagamaan, itu terserah agamanya masing-masing,  mengingat Surah al-Kafirun ayat 6 :        “ Agamamu untuk kamu, Agamaku untuk Aku “. maksudnya janganlah terjadi perselisihan,  wajiblah kita hidup rukun dan damai, saling harga menghargai,  tetapi janganlah sekali-kali ikut campur.

Cubalah renungkan pepatah leluhur kita :  Hendaklah kita bersikap budiman, tertib dan damai, andaikan tidak demikian, pasti :  ” Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna ”  kerana yang menyebabkan penderitaan diri peribadi itu adalah akibat dari amal perbuatan diri sendiri.

Dalam Surah an-Nahli ayat 112 diterangkan bahawa :  ” Tuhan Yang Maha Esa telah memberikan beberapa contoh, yakni tempat mahupun kampung, desa mahupun negara yang dahulunya aman tenteram (gemah rimpah loh jinawi), namun penduduknya/penghuninya mengengkari nikmat-nikmat Allah, maka lalu berkecamuklah bencana kelaparan,  penderitaan dan ketakutan yang disebabkan sikap dan perbuatan mereka sendiri “.

Oleh kerana demikian, hendaklah segenap murid-murud bertindak teliti dalam segala jalan yang ditempuh, guna kebaikan dzohir-bathin, dunia mahupun akhirat, supaya hati tenteram, jasad nyaman,  jangan sekali-kali timbul persengketaan,  tidak lain tujuannya  ” Budi Utama_Jasmani Sempurna “ (Cageur-baguer).

Tiada lain amalan kita,  Thoriqat Qodiriah Naqsyabandiah, amalkan sebaik-baiknya guna mencapai segala kebajikan, menjauhi segala kejahatan dzohir-bathin yang bertalian dengan jasmani mahupun rohani yang selalu diselimuti bujukan  nafsu, digoda oleh perdaya Syaitan.

Wasiat ini harus dilaksanakan dengan saksama oleh segenap murid-murid agar supaya mencapai keselamatan Dunia dan Akhirat.

Amin.

Patapan Suryalaya,   13 Februari 1956,

Wasiat ini disampaikan kepada sekalian Ikhwan.

( KHA Sohibul wafa Tajul Arifin )

3 Comments »

  1. Super-Duper site! I am loving it!! Will come back again – taking you feeds also, Thanks.

    Comment by ElenaLisvato — August 5, 2009 @ 9:25 am | Reply

  2. I think your blog need a new wordpress template. Downalod it from http://templates.wordpressguru.in, The site has nice and unique wordpress templates.

    vigrx

    Comment by buyvigrx — September 6, 2009 @ 6:27 am | Reply

  3. Best you could change the post title Tanbih mattanjo's blog to more specific for your blog post you create. I liked the the writing still.

    Comment by Team Roster — October 30, 2010 @ 5:12 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: