mattanjo's blog

February 10, 2009

mari kita fikirkan bersama…….

Filed under: Community — saikh @ 3:53 pm

Bila disebut fasal sampah sudah tentu dalam benak kita tergambar sesuatu yang kotor, busuk dan sebagainya dan itu memang kenyataannya.  Dari mana datangnya sampah itu?  itulah pula persoalannya.  Saya membawa anda ke satu lokasi sebagai contoh…..?

Kalau kita melalui jalan ke Kawasan Persekolahan Sekolah Kebangsaan Pekan 2,  Perjalanan  sebelum sampai ke destinasi kita ke situ, akan melalui satu pengalaman dan pemandangan yang jarang-jarang  berlaku di mana-mana dan menyebabkan kita secara otomatik didatangi pelbagai persoalan dan tandatanya yang tidak dapat terjawab dengan tepat, kerana sudah sekian lamanya penduduk  kawasan di situ terutamanya anak-anak didik yang menimba ilmu di situ,  setiap hari harus mengalami  suasana persekitaran yang menghidangkan  pemandangan yang tidak selesa mata memandang,  dengan baunya yang susah hendak digambarkan dengan kata-kata, namun itulah hakikatnya,  dan sedikit sebanyak ia  memberikan kesan yang negatif terhadap pembelajaran, pertumbuhan minda serta  kesihatan fisikal anak-anak sekolah.

” Dump Ground ”  atau timbunan sampah sarap yang dilonggokkan di situ,  hari demi hari bertambah tinggi, kerana di situ sahaja tempatnya tiada pilihan lain lagi, sehingga penduduk dan anak-anak sekolah disitu pun sudah menjadi lali dengannya, melihat keadaan itu seperti biasa sahaja, namun effeknya kelak kepada mentaliti mereka yang membawa set minda kepada sikap atau tabiat bahawa  membuang sampah itu boleh saja dilaukakan sewenang-wenangnya.

Para pembaca sekalian ..,  bila anda membaca tulisan ini jangan lah  melata,  jangan sekali-kali menuding  jari kepada sesiapa, kerana perkara ini telahpun berlaku, lebih baik  kita ambil sikap tidak menyalahkan siapa-siapa, tetapi kita fikirkan bersama-sama secara positif bagaimana caranya kita membantu supaya ia boleh diatasi,

Saya percaya ada pihak yang mahu mendengarnya.  Apa yang penting  ialah sikap dan cara pemikiran kita, kerana masalah sampah ini bukan berlaku di situ sahaja, malah ia merata-rata. Kita boleh membantu mengurangkan masalah ini asalkan saja  kita mahu melakukanya,  Kalau kita fikirkan, Sampah sarap yang ada itu pun sebenarnya datang daripada kita juga, kerana sikap sesetengah daripada masyarakat kita yang sambil lewa dan tidak  peka terhadap kebersihan dan keindahan alam sekitar.

kita boleh mengelak daripada membuang sampah ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya dijadikan tempat pembuangan sampah,  misalnya  Kawasan-kawasan Sekolah,  Tanah-tanah Perkuburan apalagi Tanah Perkuburan itu tempat Umat Islam disemadikan yang sepantasnya mendapat penghormatan daripada kita yang masih hidup,  terutama daripada yang namanya Umat Islam, begitu juga tempat-tempat lain yang seumpamanya. Inilah salah satu perkara yang kita selalu terlepas pandang.

Islam sangat mengutamakan kebersihan sehingga dikatakan ” Kebersihan itu sebahagian daripada Iman ”  dan kalau disebut Iman itu satu semua orang tahu,   Kalau kita tidak peka terhadap perkara-perkara seperti ini, boleh ia menjejaskan imej kita sebagai umat Islam, umat yang terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi ini.  Sikap kita sebeginilah yang menyebabkan orang yang bukan daripada golongan kita memandang serong dan rendah terhadap umat Islam.

Adanya peraturan-peraturan dan undang-undang semata-mata tidak akan berhasil tanpa penguatkuasaan dan penguatkuasaan pula tidak akan berhasil sepenuhnya jika masyarakat atau orang ramai tidak memberikan kerjasaama.  Seruan Amar makruf nahi mungkar yang dianjurkan Agama kita,  tidak terhad kepada perkara-perkara yang ritual  dalam agama sahaja,  ianya juga menjangkau ruang lingkup kehidupan kita keseluruhanya,  dalam ertikata lain  seluruh lapisan masyarakat itu tidak harus bersikap ” lepas tangan “.  Membiarkan perbuatan sebegitu berlaku dengan tidak ada satu respon kita untuk mengurangkan kalau pun tidak dapat mencegahnya,  tanpa kesedaran  terhadap sesuatu yang boleh mendatangkan kesan  negatif  dan mudharat terhadap individu mahupun masyarakat tidak harus dibiarkan. Kita harus mengambil langkah memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Pihak berkuasa dengan Undang-undang serta tugas penguatkuasaannya tidak akan berdaya untuk menangani  semuanya kalau wujud mentaliti  dalam segelintir masyarakat kita yang tidak kisah dengan pembuangan sampah kerana berfikir ada juga petugas yang melaksanakan kutipannya, lihat sahaja di kawasan pasar kita, sewenang-wenangnya orang kita membuang sampah.  Di situ ada ” Tourist Spot ”  dan mendedahkan keadaan ini  kepada orang-orang asing dan secara langsung atau tidak langsung menggambarkan bahawa itulah tamadun Bangsa kita kepada mereka, sedangkan kita selalu gembar-gemburkan Pekan kita sebagai Pekan Pelancongan.

Saya percaya jika semua pihak membantu pihak berkuasa, semua pihak menjalankan kewajipan mengajak masyarakat kepada perkara kebaikan dan taqwa, sudah tentu kita akan melihat satu senerio atau keadaan yang cantik bersih dan indah sebab Islam mengutamakan kebersihan dan Allah mencintai pada keindahan.

2 Comments »

  1. alhamdulillah, saya lawati tempat itu telahpun diperkemas dan banyak yang sudah berubah barulah lega, begitulah yang dinamakan semporna, sungguhpun begitu masyarakat dan orang ramai masih perlu terus peka, janganlah rosakkan imej pekan kita dengan perkara-perkara yang sakit di hati dan di mata yang memandangnya, harta benda awam jangan dirosakkan sebab kerperluannya ada pada orang lain, hendaklah sentiasa bersyukur kepada nikmat yang Allah kurniakan kita baru Allah menambahnya…

    Comment by mattanjo — November 29, 2009 @ 5:55 am | Reply

  2. Taniah kerana anda prihatin terhadap masalah sampah di Daerah kita, sepatutnya pihak Majlis Daerah Semporna peka terhadap masalah ini.Saya pernah menganjurkan satu kempen membuang sampah yang diberi nama SEMPORNA MARINE DAY 2006 bersama syarikat Pelancungan SIPADAN WATER VILLAGE, alhamdullillah peryertaan orang tempatan masa itu antara 1500 orang – 1800 orang. Ini bererti jika pemimpin peka dan mengadakan majlis segini setiap bulan insyallah SEMPORNA akan jadi bersih… sikap ini mesti dimulakan oleh pemimpin sebelum rakyat mengikutinya.
    Tq. sani

    Comment by Abdullah Sani Hj Abdul Salleh — November 30, 2009 @ 8:45 pm | Reply


RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: