mattanjo's blog

January 31, 2009

cukupkah sekadar simpati …… ?

Filed under: General — mattanjo @ 5:39 pm

Sumbangan dengan cara menderma kepada Tabung Amal Palestin adalah komitmen sebagai Umat Islam yang mampu dilakukan oleh kita di rantau ini,  sebagai menyatakan rasa simpati, namun ia terlalu kecil bagi apa yang diperlukan untuk sebuah Negara Palestin yang berdaulat dan merdeka dalam ertikata sebenar. Palestin memerlukan lebih daripada itu.  Rakyat Palestin yang  telah sekian lama menderita akibat  provokasi  pemerintah regim zionis  Israel, terus  mengharapkan kewujudannya Negaranya secara mutlak.  Soalnya mampukan ia dilakukan?.  Pertelingkahan dua puak yang mahu berkuasa di Palestin menyebabkan  rakyat Palestin pula yang jadi korbannya kerana ini diambil kesempatan oleh Israel melancarkan serangan yang bertujuan  mengagalkan usaha Rakyat Palestin itu.  Serangan demi serangan dilancarkan Israel  ke atas rakyat Palestin sehingga mengorbankan  puluhan ribu jiwa.

Apakah yang dapat  dilakukan oleh Umat Islam di negara-negara lain?.  Kita hanya mampu untuk melihat dan bersimpati tidak lebih daripada itu.  Kuasa-kuasa besar dunia lebih memihak kepada Israel dan ini yang menghalang Negara-negara Islam lain dan menjadi kecut sebagaimana kata pepatah anjing mencawat ekor.  Apa yang berlaku di Palestin atau di mana juga negara yang dilanda perang,  terutama di  negara-negara yang  rakyatnya  sebilangan besar  terdiri daripada umat Islam adalah sebenarnya eksperimen tentang keupayaan  persenjataan pemusnah semata-mata oleh Amerika Syarikat dan sekutunya dan menjadikan umat Islam sebagai medannya.

Gencatan senjata demi gencatan senjata yang dimeterai namun tidak juga membuahkan hasil atau merubah pendirian puak yahudi, kegagalannya menjadikanya satu alasan untuk bertindak lebih kejam lagi.  Lalu apalah  kesudahannya?  Tuhan sahaja yang tahu. Pembelaan umat Islam secara keseluruhan terhadap apa yang dideritai Rakyat Palestin, bukanlah satu perkara yang boleh diabaikan kerana sampai kini belum lagi tercapai satu penyelesaian yang boleh dianggap positif, sebabnya banyak penghalang dalam berbagai-bagai sudut, sama ada di pihak Palestin mahupun Israel yang  mahu menjayakan agenda masing-masing.

Keengganan Israel untuk bertolak ansur tidak dapat dipujuk oleh pihak-pihak yang cuba mencari jalan penyelesaian secara damai, inilah yang terlalu berlaku semenjak lebih daripada setengah abad,  kerana Israel mahu kepentingannya diutamakan, yang mendapat sokongon kuat  Amerika Syarikat sehingga negara-negara lain tidak berani membantah sungguh pun kedengaran suara-suara dari mana-mana pelusuk dunia yang menyanggah tindakan Amerika itu dan semuanya  tidak memberi apa-apa kesan yang nyata, umpamakan anjing yang menyalak bukit tidak akan runtuh,  hasilnya jangankan untuk meruntuhkan bukit malah tanah di sekeliling anjing  menyalak itu pun tidak terjejas.   Apa lagi yang boleh kita lalukan?

Dalam konteks negara kita  Malaysia,  kita sangat beruntung tinggal dalam sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera,  sungguhpun rakyatnya terdiri dari berbilang bangsa dan anutan agama, Umat Islam sebagai rakyatnya yang mendominasi kependudukan telah menunjukkan sikap toleransi yang tinggi sehingga dapat menjamin kestabilan negara.  Keunikan ini payah kita temui di mana-mana negara lain.  Suasana ini membolehkan kita sebagai umat Islam  dapat melaksanakan ibadah dengan baik lagi sempurna tanpa adanya gangguan, ancaman dan sebagainya.  Kita sebagai rakyat Malaysia  bertanggungjawab  untuk mengekalkan semua yang ada ini sebagai nikmat daripada Allah SWT yang sudah sepantasnya dirai dengan penuh kesyukuran.   Zon Keselesaan ini janganlah pula hendaknya mengabaikan kita  daripada mengingat Allah dan melaksanakan kewajipan terhadap tuntutan agama dan negara.

Keperihatinan Negara  kita terhadap umat Islam lain seperti di negara-negara  Palestin dan Irak   banyak mendapat pujian antarabangsa.   Kita pun merasa bangga bila negara kita menjadi di antara negara-negara yang banyak menghulurkan  bantuan   dari segi kewangan dan kemanusiaan,  penyertaan  Rakyatnya  pula mengkagumkan, tetapi berwaspa itu adabaiknya sebab musuh sentiasa berada di mana-mana.

Dalam konteks Negara Palestin… kita hanya mampu berserah kepada Allah  ………

mari kita renungilah maksud daripada Hadith Rasulullah SAW :

” Akan datang  kepada kamu satu zaman  di mana pada waktu itu Allah telah mencabut dari hati kamu keberanian terhadap musuh-musuh kamu dan kamu tidak lagi digeruni oleh musuh-musuh kamu sebaliknya kamulah yang takut kepada  mereka. Bilangan kamu pada waktu itu lebih ramai daripada musuh-musuh kamu,  tetapi keadaan kamu umpama buih di lautan yang menghempas ke pantai “. bertanya para sahabat mengapa boleh terjadi demikian. Rasulullah menjawab: ” kerana pada waktu itu  kamu telah telah dihidapi penyakit al-wahan “, ditanyakan lagi oleh para sahabat apakah  itu al-wahan. Rasulullah menjawabnya lagi:  ” Al-wahan  itu  ialah kamu  mencintai Dunia berlebih-lebihan dan takut  kepada kematian “.

Wallahu a`lam

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: