mattanjo's blog

February 10, 2009

mari kita fikirkan bersama…….

Filed under: Community — saikh @ 3:53 pm

Bila disebut fasal sampah sudah tentu dalam benak kita tergambar sesuatu yang kotor, busuk dan sebagainya dan itu memang kenyataannya.  Dari mana datangnya sampah itu?  itulah pula persoalannya.  Saya membawa anda ke satu lokasi sebagai contoh…..?

Kalau kita melalui jalan ke Kawasan Persekolahan Sekolah Kebangsaan Pekan 2,  Perjalanan  sebelum sampai ke destinasi kita ke situ, akan melalui satu pengalaman dan pemandangan yang jarang-jarang  berlaku di mana-mana dan menyebabkan kita secara otomatik didatangi pelbagai persoalan dan tandatanya yang tidak dapat terjawab dengan tepat, kerana sudah sekian lamanya penduduk  kawasan di situ terutamanya anak-anak didik yang menimba ilmu di situ,  setiap hari harus mengalami  suasana persekitaran yang menghidangkan  pemandangan yang tidak selesa mata memandang,  dengan baunya yang susah hendak digambarkan dengan kata-kata, namun itulah hakikatnya,  dan sedikit sebanyak ia  memberikan kesan yang negatif terhadap pembelajaran, pertumbuhan minda serta  kesihatan fisikal anak-anak sekolah.

” Dump Ground ”  atau timbunan sampah sarap yang dilonggokkan di situ,  hari demi hari bertambah tinggi, kerana di situ sahaja tempatnya tiada pilihan lain lagi, sehingga penduduk dan anak-anak sekolah disitu pun sudah menjadi lali dengannya, melihat keadaan itu seperti biasa sahaja, namun effeknya kelak kepada mentaliti mereka yang membawa set minda kepada sikap atau tabiat bahawa  membuang sampah itu boleh saja dilaukakan sewenang-wenangnya.

Para pembaca sekalian ..,  bila anda membaca tulisan ini jangan lah  melata,  jangan sekali-kali menuding  jari kepada sesiapa, kerana perkara ini telahpun berlaku, lebih baik  kita ambil sikap tidak menyalahkan siapa-siapa, tetapi kita fikirkan bersama-sama secara positif bagaimana caranya kita membantu supaya ia boleh diatasi,

Saya percaya ada pihak yang mahu mendengarnya.  Apa yang penting  ialah sikap dan cara pemikiran kita, kerana masalah sampah ini bukan berlaku di situ sahaja, malah ia merata-rata. Kita boleh membantu mengurangkan masalah ini asalkan saja  kita mahu melakukanya,  Kalau kita fikirkan, Sampah sarap yang ada itu pun sebenarnya datang daripada kita juga, kerana sikap sesetengah daripada masyarakat kita yang sambil lewa dan tidak  peka terhadap kebersihan dan keindahan alam sekitar.

kita boleh mengelak daripada membuang sampah ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya dijadikan tempat pembuangan sampah,  misalnya  Kawasan-kawasan Sekolah,  Tanah-tanah Perkuburan apalagi Tanah Perkuburan itu tempat Umat Islam disemadikan yang sepantasnya mendapat penghormatan daripada kita yang masih hidup,  terutama daripada yang namanya Umat Islam, begitu juga tempat-tempat lain yang seumpamanya. Inilah salah satu perkara yang kita selalu terlepas pandang.

Islam sangat mengutamakan kebersihan sehingga dikatakan ” Kebersihan itu sebahagian daripada Iman ”  dan kalau disebut Iman itu satu semua orang tahu,   Kalau kita tidak peka terhadap perkara-perkara seperti ini, boleh ia menjejaskan imej kita sebagai umat Islam, umat yang terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi ini.  Sikap kita sebeginilah yang menyebabkan orang yang bukan daripada golongan kita memandang serong dan rendah terhadap umat Islam.

Adanya peraturan-peraturan dan undang-undang semata-mata tidak akan berhasil tanpa penguatkuasaan dan penguatkuasaan pula tidak akan berhasil sepenuhnya jika masyarakat atau orang ramai tidak memberikan kerjasaama.  Seruan Amar makruf nahi mungkar yang dianjurkan Agama kita,  tidak terhad kepada perkara-perkara yang ritual  dalam agama sahaja,  ianya juga menjangkau ruang lingkup kehidupan kita keseluruhanya,  dalam ertikata lain  seluruh lapisan masyarakat itu tidak harus bersikap ” lepas tangan “.  Membiarkan perbuatan sebegitu berlaku dengan tidak ada satu respon kita untuk mengurangkan kalau pun tidak dapat mencegahnya,  tanpa kesedaran  terhadap sesuatu yang boleh mendatangkan kesan  negatif  dan mudharat terhadap individu mahupun masyarakat tidak harus dibiarkan. Kita harus mengambil langkah memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Pihak berkuasa dengan Undang-undang serta tugas penguatkuasaannya tidak akan berdaya untuk menangani  semuanya kalau wujud mentaliti  dalam segelintir masyarakat kita yang tidak kisah dengan pembuangan sampah kerana berfikir ada juga petugas yang melaksanakan kutipannya, lihat sahaja di kawasan pasar kita, sewenang-wenangnya orang kita membuang sampah.  Di situ ada ” Tourist Spot ”  dan mendedahkan keadaan ini  kepada orang-orang asing dan secara langsung atau tidak langsung menggambarkan bahawa itulah tamadun Bangsa kita kepada mereka, sedangkan kita selalu gembar-gemburkan Pekan kita sebagai Pekan Pelancongan.

Saya percaya jika semua pihak membantu pihak berkuasa, semua pihak menjalankan kewajipan mengajak masyarakat kepada perkara kebaikan dan taqwa, sudah tentu kita akan melihat satu senerio atau keadaan yang cantik bersih dan indah sebab Islam mengutamakan kebersihan dan Allah mencintai pada keindahan.

January 31, 2009

cukupkah sekadar simpati …… ?

Filed under: General — mattanjo @ 5:39 pm

Sumbangan dengan cara menderma kepada Tabung Amal Palestin adalah komitmen sebagai Umat Islam yang mampu dilakukan oleh kita di rantau ini,  sebagai menyatakan rasa simpati, namun ia terlalu kecil bagi apa yang diperlukan untuk sebuah Negara Palestin yang berdaulat dan merdeka dalam ertikata sebenar. Palestin memerlukan lebih daripada itu.  Rakyat Palestin yang  telah sekian lama menderita akibat  provokasi  pemerintah regim zionis  Israel, terus  mengharapkan kewujudannya Negaranya secara mutlak.  Soalnya mampukan ia dilakukan?.  Pertelingkahan dua puak yang mahu berkuasa di Palestin menyebabkan  rakyat Palestin pula yang jadi korbannya kerana ini diambil kesempatan oleh Israel melancarkan serangan yang bertujuan  mengagalkan usaha Rakyat Palestin itu.  Serangan demi serangan dilancarkan Israel  ke atas rakyat Palestin sehingga mengorbankan  puluhan ribu jiwa.

Apakah yang dapat  dilakukan oleh Umat Islam di negara-negara lain?.  Kita hanya mampu untuk melihat dan bersimpati tidak lebih daripada itu.  Kuasa-kuasa besar dunia lebih memihak kepada Israel dan ini yang menghalang Negara-negara Islam lain dan menjadi kecut sebagaimana kata pepatah anjing mencawat ekor.  Apa yang berlaku di Palestin atau di mana juga negara yang dilanda perang,  terutama di  negara-negara yang  rakyatnya  sebilangan besar  terdiri daripada umat Islam adalah sebenarnya eksperimen tentang keupayaan  persenjataan pemusnah semata-mata oleh Amerika Syarikat dan sekutunya dan menjadikan umat Islam sebagai medannya.

Gencatan senjata demi gencatan senjata yang dimeterai namun tidak juga membuahkan hasil atau merubah pendirian puak yahudi, kegagalannya menjadikanya satu alasan untuk bertindak lebih kejam lagi.  Lalu apalah  kesudahannya?  Tuhan sahaja yang tahu. Pembelaan umat Islam secara keseluruhan terhadap apa yang dideritai Rakyat Palestin, bukanlah satu perkara yang boleh diabaikan kerana sampai kini belum lagi tercapai satu penyelesaian yang boleh dianggap positif, sebabnya banyak penghalang dalam berbagai-bagai sudut, sama ada di pihak Palestin mahupun Israel yang  mahu menjayakan agenda masing-masing.

Keengganan Israel untuk bertolak ansur tidak dapat dipujuk oleh pihak-pihak yang cuba mencari jalan penyelesaian secara damai, inilah yang terlalu berlaku semenjak lebih daripada setengah abad,  kerana Israel mahu kepentingannya diutamakan, yang mendapat sokongon kuat  Amerika Syarikat sehingga negara-negara lain tidak berani membantah sungguh pun kedengaran suara-suara dari mana-mana pelusuk dunia yang menyanggah tindakan Amerika itu dan semuanya  tidak memberi apa-apa kesan yang nyata, umpamakan anjing yang menyalak bukit tidak akan runtuh,  hasilnya jangankan untuk meruntuhkan bukit malah tanah di sekeliling anjing  menyalak itu pun tidak terjejas.   Apa lagi yang boleh kita lalukan?

Dalam konteks negara kita  Malaysia,  kita sangat beruntung tinggal dalam sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera,  sungguhpun rakyatnya terdiri dari berbilang bangsa dan anutan agama, Umat Islam sebagai rakyatnya yang mendominasi kependudukan telah menunjukkan sikap toleransi yang tinggi sehingga dapat menjamin kestabilan negara.  Keunikan ini payah kita temui di mana-mana negara lain.  Suasana ini membolehkan kita sebagai umat Islam  dapat melaksanakan ibadah dengan baik lagi sempurna tanpa adanya gangguan, ancaman dan sebagainya.  Kita sebagai rakyat Malaysia  bertanggungjawab  untuk mengekalkan semua yang ada ini sebagai nikmat daripada Allah SWT yang sudah sepantasnya dirai dengan penuh kesyukuran.   Zon Keselesaan ini janganlah pula hendaknya mengabaikan kita  daripada mengingat Allah dan melaksanakan kewajipan terhadap tuntutan agama dan negara.

Keperihatinan Negara  kita terhadap umat Islam lain seperti di negara-negara  Palestin dan Irak   banyak mendapat pujian antarabangsa.   Kita pun merasa bangga bila negara kita menjadi di antara negara-negara yang banyak menghulurkan  bantuan   dari segi kewangan dan kemanusiaan,  penyertaan  Rakyatnya  pula mengkagumkan, tetapi berwaspa itu adabaiknya sebab musuh sentiasa berada di mana-mana.

Dalam konteks Negara Palestin… kita hanya mampu berserah kepada Allah  ………

mari kita renungilah maksud daripada Hadith Rasulullah SAW :

” Akan datang  kepada kamu satu zaman  di mana pada waktu itu Allah telah mencabut dari hati kamu keberanian terhadap musuh-musuh kamu dan kamu tidak lagi digeruni oleh musuh-musuh kamu sebaliknya kamulah yang takut kepada  mereka. Bilangan kamu pada waktu itu lebih ramai daripada musuh-musuh kamu,  tetapi keadaan kamu umpama buih di lautan yang menghempas ke pantai “. bertanya para sahabat mengapa boleh terjadi demikian. Rasulullah menjawab: ” kerana pada waktu itu  kamu telah telah dihidapi penyakit al-wahan “, ditanyakan lagi oleh para sahabat apakah  itu al-wahan. Rasulullah menjawabnya lagi:  ” Al-wahan  itu  ialah kamu  mencintai Dunia berlebih-lebihan dan takut  kepada kematian “.

Wallahu a`lam

January 24, 2009

Mencari Damai di Hati

Filed under: Community — mattanjo @ 7:08 am

Maksud Firman Allah :” Wahai jiwa yang tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha meredha “ . .

Dalam  kehidupan manusia walaupun sudah cukup maju dengan kepelbagaian kemudahan yang ada bahkan sampai dapat  meneroka angkasa dengan  adanya  teknologi yang canggih,   lagi dunia pun sudah semakin kecil dan tidak  bersempadan lagi oleh kerana kemajuannya, namun tidak dapat dimungkiri dan dinafi bahawa masih juga ada dikalangan kita yang masih tercari-cari arah dari tujuan  kehidupan  ini, lalai dengan  keseronokan duniawi  sehingga beranggapan dunia itu materilisma semata-mata, ini membawanya semakin hanyut dan lupa kepada asal usul dari mana datangnya kita, untuk apa Allah menciptakan kita.  Selalu   keresahan mencengkami jiwa kerana merasa  masih belum puas dan masih ada yang kurang dan belum terlaksana,  sehingga terus menerus mencari-cari benda yang tidak akan ada penghujung jalannya, ketika itu menyebabkan manusia tidak  merasa tidur tetapi tidak terlena, ada yang memilih jalan keluar  untuk  ketenangan  yang salah sampaikan terjebak ke  jalan kesesatan sehingga berbuat perkara-perkara yang bertentangan dengan Perintah Agama dan Negara, begitu nafsu bila telah menguasai manusia,

Gafla itu lupa kepada  Allah, Sang Pencipta kepada semua nikmat yang ada, dikurniakan kepada manusia supaya mereka bersyukur tetapi yang terjadi kebanyakannya yang sebaliknya. Apabila hati sudah merasa kosong dan hampa kerana kerana dtimpa bencana barulah sedar bahawa ada kuasa yang maha tinggi sebalik perbuatannya.

Hal ini sebenarnya terjadi berpunca daripada kewujudan blok-blok yang menghalang atau mendinding  kepada apa yang  dititipkan Allah iaitu “qalbu”  pada diri manusia itu hingga  tertutup daripada Pancaran Nur Ilahi yang  memberi cahaya kepada perjalanan kehidupannya, kerana selalu  lupa untuk mensyukuri pada  nikmatnya.    Jiwanya  mati sekalipun jasadnya  masih  mampu bergerak ke sana dan kemari.   Qalbu yang di dalam tersimpan rahasia perbendaharaan Tuhan itu berfungsi untuk  mengingat hadrat Allah sebagai Rabb, dan jauh masuk kedalam lubuk hati nurani terletak  rasa dan mesra terhadap kasih sayang ilahi Rabbi.  Dalam hal ini, bersama  jiwa akan terus hidup dan  merasakan segala nikmat dengan penuh  kesyukuran kepada Allah swt dari pancaran nurnya melonjakkan dan mengerakkan hati dan melangkahkan kaki ke arah yang mendapat redha Ilahi.

Mencari kedamaian hati yang dingini tidak akan berhasil kalau tidak kembali kepada Allah yang mencipta manusia untuk tujuan mengabdikan diri kepadaNYA.  Allah dengan kasihNya telah menunjukkan jalan bagaimana hanya sahaja manusia selalu lupa, kadang didorong oleh keegoan manausia yang mengaku semua adalah atas usahanya dan menafikan hak-hak Allah.

Allah telah berfirman untuk mengingatkan  kita,  di dalam Alquran Surah Ar-ra`du ayat 28:

الذين امنوا وتطمئن قلو بهم بذكرالله ألابذكرالله تطمئن اللوب

yang bermaksud:    ”  orang-orang yang beriman itu tenteram hati mereka dengan mengingat Allah,  ketahuilah mengingat Allah itu mententeramkan hati “.

Mengingat Allah atau Zikrullah  adalah perbuatan yang agung sebagaimana dimaksudkan  firmanNya dalam suah al-Jumaah: ” mengingat Allah itu pekerjaan yang besar ”   dan ia adalah ” silatu bainal abdi wa rab ” yang  berhasil menghubungkan diri kepada Allah dan dekat kepadaNya,  ada istilah  menyebutnya sebagai  ” spiritual journey ”   dan ia  juga merupakan  menefestasi atau pernyataan syukur kita kepadaNya.    Dalam hal ini ada keperluan  kepada metode yang dapat menyampaikan kita kepada tujuannya.   Bimbingan Mursyid yang arif dalam hal-hal  berhubung dengan Ruhaniah perlu dicari,  sebab dengannya dapat kita petunjuk amaliah  mendekatkan diri kepada Allah  dengan sempurna,   percayalah ubat kepada Penyakit hati itu tidak lain daripada Dzikrullah.

wallahua`lam.

Blog at WordPress.com.